Assalamualaikum, pada saat ini jam menunjukan 5.12 minit pagi dan ketika ini bermain difikiranku berkaitan seorang sahabatku yg ku bersangka baik kepadanya, apabila beliau sering mengkritik orang-orang yg membawa agenda dakwah Islam dgn pelbagai gelaran disebabkan kelemahan pada diri pembawa itu sendiri sehinggakan kadang-kadang beliau seolah-olah mengangkat ideology lain lebih baik daripada idealogi Islam. Contoh Idealogi yang ada sosialisme, Liberalisme (kebebasan), Sekulerisme ( pemisahan kehidupan dari agama dan merupakan akibat daripada ideologi libralisme).
Islam itu agama yg syumul, fleksibal dan lengkap daripada semua segi dan bidang. Itu pegangan pertama kita yg jelas perlu ada pada kita. Islam itu juga boleh berkomunikasi atau deal dngn pelbagai keadaan dan ketika. Ini bermakna, Islam juga boleh dijadikan sebagai Idealisme atau 1 fahaman yg dibentuk kepada kita sebagai idealogi.
APA ITU IDEALOGI?
Idealogi merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku seseorang. Pada lazimnya ia merujuk kepada set kepercayaan yang menggerakkan suatu pergerakkan politik dan sosial.Menurut Ensiklopedia Brittanica, ideologi dimaksudkan sebagai “salah satu item yang membentuk keperluan mental dan jasmani individu yang membentuk sesebuah masyarakat serta meliputi permasalahan politik, sosial, ekonomi dan perkara yang bersangkut paut dengan sejarah dan sosio-geografi manusia”. Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menafsirkan maksud ideologi adalah “fahaman (ajaran) yang dipakai atau dicita-citakan untuk dasar pemerintahan dan lain-lain tujuan”.
Pengertian ideologi adalah berbeza pada pandangan tokoh dan sarjana. Berikut adalah sebahagian pengertian ideologi:
Destertt de Tracy :Ideologi adalah pembelajaran terhadap idea-idea (pemikiran tertentu).
Machiavelli:Ideologi adalah sistem perlindungan kekuasaan yang dimiliki oleh penguasa.
Thomas H :Ideologi adalah suatu cara untuk melindungi kekuasaan pemerintah agar dapat bertahan dan mengatur rakyatnya.
Karl Marx :Ideologi merupakan alat untuk mencapai kesamarataan dan kesejahteraan bersama dalam masyarakat.
Muhammad Muhammad Ismail: Ideologi (Mabda’) adalah pemikiran mendasar yang sama sekali tidak dibangun (disandarkan) di atas pemikiran pemikiran yang lain.
Manakala fahaman membawa erti yang berbeza dengan ideologi. Di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga menyebut bahawa fahaman iaitu “pengetahuan, pemikiran, anggapan, pendapat dan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu perkara”. Fahaman adalah sebahagian daripada item yang membentuk ideologi. Perbezaan antara fahaman dan ideologi adalah fahaman hanyalah pemikiran seorang yang menjadi tanggapan semata-mata yang mungkin menjadi atau tidak dalam pegangan masyarakat. Manakala, ideologi adalah gagasan idea yang membentuk pemikiran manusia terhadap sesuatu konsep dan dipegang oleh sebahagian manusia
Keduanya, umat Islam itu bersifat orang yg berdakwah, dalam bahasa lain, orang yang mengajak, menyeru dan memperjuangkan Islam itu sendiri. Hadis nabi SAW "Barang siapa menyebut Tiada Tuhan Melainkan Allah, maka dia adalah pendakwah". maka kita jelas bahawa dalam diri kita ini sudah ada sifat Aktivisme yg diterapkan dalam Islam. Dua perkara ini, Idealisme dan Aktivisme adalah sering berkaitan. Pada kita, Idealogi Islam itu harus menjadi teras kepada segala Idealogy yg bermain disekeliling kita. Tidak salah kita menerima Idealisme lain yg baik dan tidak bercanggah dengan prinsip Islam kerana ilmu Islam itu luas dan menerima kebaikan yg ada namun harus kita pasakkan dalam fikiran kita, Idealogy Islam itu adalah terbaik dan yg lain-lain itu hanyalah membantu untuk kita beraktivisme dalam menyampaikan dakwah kita. Idealisme boleh bergerak menerusi isu-isu yg berbangkit, boleh bergerak dalam pelbagai bentuk namun biarlah isu-isu ini digerakan berasaskan akal yg merujuk kembali kepada makna Idealisme itu sendiri.
Sebagai kesimpulan, Idealisme (Ketinggian Pemikiran) merujuk kepada pegangan atau prinsip fundamental yang dihayati lagi diamali. Ia berasaskan kepada dua perkara pokok iaitu Al-Amru bil Makruf atau kecintaan terhadap prinsip kebenaran, keadilan dan keharmonian dan yang kedua ialah Wan Nahyu ‘anil Mungkar atau kebencian terhadap kepalsuan, kezaliman dan kekacauan. Aktivisme (kesungguhan usaha) pula merujuk kepada keupayaan merealisasikan idealisme melalui tindakan-tindakan yang praktikal. Ia merupakan suatu proses yang harus berlandaskan kepada kebijaksanaan mengolah idea-idea yang bernas dan kewibawaan menterjemah idealisme tersebut dalam aturan hidup secara kemas tanpa menimbulkan riak-riak negatif yang lebih memudaratkan. Melalui aktivisme inilah, akan lahirnya mahasiswa yang berintikan semangat pengorbanan dan perjuangan serta mempunyai nilai-nilai kesukarelaan yang tinggi.
Semoga kita semua sentiasa berada diatas landasan yg tepat dan benar...wasalam..MOUIMANTAI!!!