18/12/13
RUMAH ORANG TUA (KENANGAN KEMUMIN)
Pada hari ini aku bersama kawan-kawan kelas aku telah pergi melawat ke rumah orang tua berdekatan dengan kemumin. Pelbagai acara diatur oleh penganjur yang terdiri daripada sahabat-sahabatku juga. Sepanjang tatur cara dijalankan, semuanya adalah berteraskan hiburan yang dikatakan untuk menghiburkan hati warga tua. Maka diadakan acara berkaraoke dengan warga mas ini. Ada yang naik melagukan pelbagai lagu seperti lagu P.Ramle dan lain.Kebanyakan warga tua ini uzur sehingga ada yang berkerusi roda bersama menyertai.
Terdetik dihati, inikah cara aku membantu mereka? dari jauh aku berpandangan kawan-kawan aku menghiburkan mereka sedangkan aku berada disuatu ruang hanya meluangkan masa bersama warga tua dengan berbual sahaja. Bertanya asal usulnya, dengan gembira atuk berkata bahawa anak-anaknya telah berjaya sehinggakan ada yang berkerja besar dengan gaji yang lumayan. Apabila aku bertanya, kenapa atuk masuk ke sini? maka atuk menjawap bahawa dia berasa akan menyusahkan anak-anaknya yang berkeluarga dan mungkin akan mnyebabkan mereka bergaduh ketika menjaga dirinya yang uzur itu. Hebatnya pengorbanan seorang ayah dan hinanya seorang anak yang melupakan jasa-jasa sang ayah yang membesarkanya.
Aku rasa serba salah, apakah begini cara aku menghabiskan sisa hidup mereka dengan calitan hiburan? Apa yang aku dapat? apa mereka dapat?
Disana juga aku belajar erti kehidupan. Suatu hari nanti, jika aku gagal mengasuh dan mendidik anak-anak ku dengan baik, mungkin aku juga akan berada ditempat mereka sekarang. Aku berazam untuk lebih taat kepada ibu dan ayah dan menjaga mereka suatu hari nanti dengan sepenuh hati.
Akhirnya, kembalikanlah keluarga kita kepada didikan Islam, didikanlah anak-anak dengan penuh kasih sayang dilapit dengan ilmu keagamaan yang tinggi. Pasti iitulah yang terbaik..MOUMANTAI!!!
No comments:
Post a Comment
Tinggal pesanan awok2 disini naaaa....