Sunday, March 3, 2013

Asas Kegemilangan Kita



Assalamualaikum......

Tarbiah itu tunjang! tarbiah yang bagaimana? Tarbiah Islamiah yang dimaksudkan. 2 komponen penting yang perlu kita ketahui dimana perjalanan tarbiah itu adalah berserta dakwah dan dakwah itu berserta tarbiah. 2 komponen ini saling berkaitan dan tidak dapat dipisahkan. Dakwah itu ditujukan kepada semua manusia tidak kita apa jenis bangsa, keturunan, jantina dan agama namun apabila  bergerak dalam tarbiah itu adalah memastikan agenda jemaah diteruskan dengan mengkaderkan atau mendidik orang-orang tertentu dan terpilih yang berpotensi dalam meneruskan perjuangan dalam jemaah.

Pada zaman Rasulullah, tarbiah dalam madrasah rasulullah adalah sangat hebat terutamanya dalam pengukuhan aqidah yang sahih. Rasulullah melakukan tarbiah dalam pelbagai bentuk termasuk usrah yang diadakan di rumah aqram bin Abi Aqram yang pada mula penerimaan Islam itu oleh golongan yang terpinggir, orang jalanan, pengemis dan sebagainya sehinggalah orang-orang ini mengubah dunia arab yang tiada makna menjadi sebuah bangsa yang gemilang mengalahi kerajaan Rom dan Parsi. 

Pada kisah yang lain, dapat kita lihat bagaimana tarbiah dalam madrasah Rasulullah membuatkan sahabat rasulullah yang agung seperti Bilal bin Rabbah mampu bertahan walaupun nyawa bakal menjadi taruhan dengan hanya berkeyakinan pada Allah yang satu. Tidak mampu kita bayangkan bertama hebat tarbiah Rasulullah pada para sahabat.

Namun pada hari ini, jejak langkah Rasulullah telah banyak kita tinggalkan. Dakwah baginda, seruan baginda sehinggalah sunnah-sunnah baginda yang mudah dan ringan. Ia menggambarkan bertapa jauhnya baginda dalam diri kita. Oleh itu sahabat-sahabat sekalian, marilah kita teruskan usaha baginda dalam usaha dakwah dan tarbiah ini yang pastinya bakal mencapai tahap siasah yang baik dan cemerlang dan mengembalikan kegemilangan politik dan pentadbiran Islam yang telah lama musnah angkara tangan-tangan pengkhianat agama Allah. semoga dengan apa yang kita usahakan akan menjadi saham kepada kita diakhirat kelak.

Ku tulis luahan hati yang ringkas ini sempena aku mengingati kejatuhan Khilafah Islamiah Uthmaniah yang berpusat di Turki angkara pembelot agama Kamal Artartuk Laknatullah.

Ia hanya sebuah tulisan yang lemah dan jika ada sebarang kesilapan, minta para sahabat dapat betulkan..

3/3/12 Ahad....MOUIMANTAI!!! 

Friday, March 1, 2013

Muhasabah Hari Lahirku

Hari ini merupakan hari kelahiranku (2/Mac) namun hati aku menghitung kerja amalku, ibadahku, gerak kerja perjuanganku. Dimanakah kedudukanku pada semua ini? adakah aku lakukan semua yg diperintahkan oleh Allah sedangkan aku selalu dalam golombang maksiat terhadap Allah.

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah taala"

Hari-hari kita bersumpah kepada Allah dalam solat agar sentiasa bersama Allah namun kadang-kadang terlalai dengan godaan dunia sentiasa berada disisi untuk mempengaruhi diri dan hati untuk terus mengikuti nafsu hati. Apa yang diharapkan agar diriku terus berazam untuk terus berjuang bersama agama Allah disamping menambah baik diri sendiri.

Hukum berjuang menegakkan kalimah Allah itu adalah wajib kepada setiap yg bernama muslim/mat.

Hadis nabi :-
"Sampaikan oleh mu walaupun 1 ayat"

Menunjukan bertapa perlunya dakwah dalam menegakan agama Allah ini. Ramai diantara manusia sekarang tidak memahami dan tidak mengambil tahu tentang kewajiban ini keran merasakan mereka selesa dan berada pada zon selamat. Sedangkan pada masa yang sama, pihak kafir sentiasa merancang merosakkan dan menghancurkan Islam. Lihat dan nilailah sendiri dimana kita dalam usaha memelihara agama kita ini, adakah sekadar di IC ataupun  dengan perbuatan, perkataan dan iktiqat hati kita.

Sangat wajar pada kita memuhasabah diri tentang perkara ini kerana Islam itu bermula pada diri kita dengan ibadah dan sebagainya sehingga mengajak orang lain bersama kita mengenali Allah pada jalan yang sbenar.

Sekadar ini sahaja tulisan dan nukilan buat muhasabah diri dan juga sahabat-sahabat pembaca, mungkin ia juga adalah luahan daripada hati yg kadang2 sentimental pada waktu kesunyian. Harap tulisan ini bermakna pada semua...WASALAM...mouimantai!!!