Wednesday, December 18, 2013

Analisi Pilihanraya Kampus UMK

Assalamualaikum.

Sudah lama aku tidak menulis di ruang ini. Setiap kali aku buka ruang blog untuk menulis sesuatu, perasaan malas untu menulis sesuatu pada ruang ini kian menebal. Pada kali ini aku cuba untuk menulis berkaitan PRK yang baru sahaja berlalu.



Bermula pada 17/11/13, telah dinaikan notis berkaitan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMK dengan tarikh2 penting dinyatakan, maka bermulalah la

ngkah berada sang pejuang mahasiswa UMK.


NOTIS PEWARTAAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Adalah dimaklumkan pada menjalankan tugas yang diperuntukan peraturan 3, PERATURAN 2 UMK(PEMILIHAN MPP) 2013, NC telah membuat ketetapan berikut :-

1. Notis pewartaan notis Pemilihan MPP - 17 November 2013
2. Penjualan dokumen penamaan calon- 20 November 2013 (mulai 2 ptg)
3. Penamaan calon -24 November 2013

a) Masa penamaan (10pagi -12 tnghari)
b) Masa bantahan (12.15 ptg- 1.15 ptg)
c) Bantahan diproses (1.30PTG -2.30PTG)
d) Pengumunan (3.30 ptg)

4. Tempoh berkempen 24 November mulai jam 4.30 ptg sehingga 26 November jam 11 malam.
5. Hari pengundian- 27 November 2013 (9pagi - 5 ptg)Harap semua mahasiswa Maklum. Mahasiswa bersama perubahan!


Pendapat daripada sisi pandanganku

PRK UMK kali ini merupakan yang paling meriah sepanjang 4 tahun aku berada di UMK. Kemeriahan dapat dirasai apabila mahasiswa UMK mula cakna kepada keadaan yang berlaku disekeliling dan pertambahan jumlah calon yang bertanding. Selain itu, pertambahan kumpulan baru yang membawa semangat perjuangan mahasiswa seperti kewujudan DEMOSIS di Kampus Jeli merupakan perkembangan yang sihat terhadap pilitik kampus. Kita wajar berpandangan bahawa, kewujudan kumpulan-kumpulan mahasiswa ini telah berjaya menghidupkan suasana politik kampus dengan baik kerana ia akan menambahkan kehangatan dalam menampilkan pemimpin mahasiswa yang berkualiti dan berkemampuan untuk menjadi pilihan mahasiswa. Persaingan dalam melobi calon -calon yang bertanding, telah berjaya memberi tekanan yang tinggi kepada calon dan kumpulan yang diwakili supaya menampilkan kualiti tersendiri supaya menjadi pilihan mahasiswa.

2. Pada PRK yang lalu, pelbagai taktik kotor dilakukan oleh kumpulan-kumpulan tertentu dalam melobi dan memenangkan kumpulan mereka dengan penggunaan wang sehingga berlaku rasuah dan lain. Jika dibandingkan dengan PRK sesi 13/14 kali ini, politik wang kurang diamalkan. Namun begitu, jika dilihat pada tarikh pengambilan borang 20/11/13, iaitu pada hari rabu bermula jam 2.00 petang sehingga jam 10.00 pada 24/11/13 adalah terhad kerana terdapat dua hari cuti (jumaat/sabtu) dan hari khamis pula adalah waktu kerja separuh hari. Maka ia dilihat sebagai waktu panjang yang tidak bermakna kerana hakikatnya adalah pendek dan singkat. Ia sekadar untuk mengkaburi mata mahasiswa sahaja.

3. Pada PRK kali in juga secara rasmi telah menampakan dua golongan kolompok mahasiswa bertanding dan berdepan secara terang terangan tanpa selindung. Kemunculan ini telah menghangatkan suasana PRK UMK dengan semangat mahasiswa yang semakin berani bersuara. Ia merupakan titik positif untuk perubahan pemikiran mahasiswa.

4. Akhirnya, PRK kali ini juga mengajar bahawa setiap mahasiswa adalah penting untuk menentukan siapa mewakili suara mereka. Kekalah Pro-Mahasiswa dengan undi perbezaan undi 40 undi sahaja dalam kerusi Fakulti memberi impak akibat kekurangan usaha untuk terus menekan dalam PRK ini. Ia juga memberi isyarat kepada kegagalan dalam berkerjasama luar dan dalam untuk menggerakan jentera akan memberi kesan buruk kepada calon. Personaliti calon juga adalah penting dalam menentukan kejaya mereka. Oleh itu, bakal calon dimasa hadapan wajib dan wajar memastikan disiplin diri sentiasa dalam keadaan terbaik dan bersedia.

Kita merancang, Allah juga merancang, sebaik-baik perancangan adalah daripadaNYA.....MOUMANTAI!!!

Perjalanan sang tua.

RABU
18/12/13
RUMAH ORANG TUA (KENANGAN KEMUMIN)

Pada hari ini aku bersama kawan-kawan kelas aku telah pergi melawat ke rumah orang tua berdekatan dengan kemumin. Pelbagai acara diatur oleh penganjur yang terdiri daripada sahabat-sahabatku juga. Sepanjang tatur cara dijalankan, semuanya adalah berteraskan hiburan yang dikatakan untuk menghiburkan hati warga tua. Maka diadakan acara berkaraoke dengan warga mas ini. Ada yang naik melagukan pelbagai lagu seperti lagu P.Ramle dan lain.Kebanyakan warga tua ini uzur sehingga ada yang berkerusi roda bersama menyertai.


Terdetik dihati, inikah cara aku membantu mereka? dari jauh aku berpandangan kawan-kawan aku menghiburkan mereka sedangkan aku berada disuatu ruang hanya meluangkan masa bersama warga tua dengan berbual sahaja. Bertanya asal usulnya, dengan gembira atuk berkata bahawa anak-anaknya telah berjaya sehinggakan ada yang berkerja besar dengan gaji yang lumayan. Apabila aku bertanya, kenapa atuk masuk ke sini? maka atuk menjawap bahawa dia berasa akan menyusahkan anak-anaknya yang berkeluarga dan mungkin akan mnyebabkan mereka bergaduh ketika menjaga dirinya yang uzur itu. Hebatnya pengorbanan seorang ayah dan hinanya seorang anak yang melupakan jasa-jasa sang ayah yang membesarkanya.



Aku rasa serba salah, apakah begini cara aku menghabiskan sisa hidup mereka dengan calitan hiburan? Apa yang aku dapat? apa mereka dapat?



Disana juga aku belajar erti kehidupan. Suatu hari nanti, jika aku gagal mengasuh dan mendidik anak-anak ku dengan baik, mungkin aku juga akan berada ditempat mereka sekarang. Aku berazam untuk lebih taat kepada ibu dan ayah dan menjaga mereka suatu hari nanti dengan sepenuh hati.



 Akhirnya, kembalikanlah keluarga kita kepada didikan Islam, didikanlah anak-anak dengan penuh kasih sayang dilapit dengan ilmu keagamaan yang tinggi. Pasti iitulah yang terbaik..MOUMANTAI!!!

Tuesday, June 18, 2013

Ini kita (Aktivisme/ Idealisme)

Assalamualaikum, pada saat ini jam menunjukan 5.12 minit pagi dan ketika ini bermain difikiranku berkaitan seorang sahabatku yg ku bersangka baik kepadanya, apabila beliau sering mengkritik orang-orang yg membawa agenda dakwah Islam dgn pelbagai gelaran disebabkan kelemahan pada diri pembawa itu sendiri sehinggakan kadang-kadang beliau seolah-olah mengangkat ideology lain lebih baik daripada idealogi Islam. Contoh Idealogi yang ada sosialisme, Liberalisme (kebebasan), Sekulerisme ( pemisahan kehidupan dari agama dan merupakan akibat daripada ideologi libralisme).

Islam itu agama yg syumul, fleksibal dan lengkap daripada semua segi dan bidang. Itu pegangan pertama kita yg jelas perlu ada pada kita. Islam itu juga boleh berkomunikasi atau deal dngn pelbagai keadaan dan ketika. Ini bermakna, Islam juga boleh dijadikan sebagai Idealisme atau 1 fahaman yg dibentuk kepada kita sebagai idealogi. 

APA ITU IDEALOGI?
Idealogi merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku seseorang. Pada lazimnya ia merujuk kepada set kepercayaan yang menggerakkan suatu pergerakkan politik dan sosial.Menurut  Ensiklopedia Brittanica, ideologi dimaksudkan sebagai “salah satu item yang membentuk keperluan mental dan jasmani individu yang membentuk sesebuah masyarakat serta meliputi permasalahan politik, sosial, ekonomi dan perkara yang bersangkut paut dengan sejarah dan sosio-geografi manusia”. Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menafsirkan maksud ideologi adalah “fahaman (ajaran) yang dipakai atau dicita-citakan untuk dasar pemerintahan dan lain-lain tujuan”.
Pengertian ideologi adalah berbeza pada pandangan tokoh dan sarjana. Berikut adalah sebahagian pengertian ideologi:
Destertt de Tracy :Ideologi adalah pembelajaran terhadap idea-idea (pemikiran tertentu).
Machiavelli:Ideologi adalah sistem perlindungan kekuasaan yang dimiliki oleh penguasa.
Thomas H :Ideologi adalah suatu cara untuk melindungi kekuasaan pemerintah agar dapat bertahan dan mengatur rakyatnya.
Karl Marx :Ideologi merupakan alat untuk mencapai kesamarataan dan kesejahteraan bersama dalam masyarakat.
Muhammad Muhammad Ismail: Ideologi (Mabda’) adalah pemikiran mendasar yang sama sekali tidak dibangun (disandarkan) di atas pemikiran pemikiran yang lain.
Manakala fahaman membawa erti yang berbeza dengan ideologi. Di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga menyebut bahawa fahaman iaitu “pengetahuan, pemikiran, anggapan, pendapat dan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu perkara”. Fahaman adalah sebahagian daripada item yang membentuk ideologi. Perbezaan antara fahaman dan ideologi adalah fahaman hanyalah pemikiran seorang yang menjadi tanggapan semata-mata yang mungkin menjadi atau tidak dalam pegangan masyarakat. Manakala, ideologi adalah gagasan idea yang membentuk pemikiran manusia terhadap sesuatu konsep dan dipegang oleh sebahagian manusia

Keduanya, umat Islam itu bersifat orang yg berdakwah, dalam bahasa lain, orang yang mengajak, menyeru dan memperjuangkan Islam itu sendiri. Hadis nabi SAW "Barang siapa menyebut Tiada Tuhan Melainkan Allah, maka dia adalah pendakwah". maka kita jelas bahawa dalam diri kita ini sudah ada sifat Aktivisme yg diterapkan dalam Islam. Dua perkara ini, Idealisme dan Aktivisme adalah sering berkaitan. Pada kita,  Idealogi Islam itu harus menjadi teras kepada segala Idealogy yg bermain disekeliling kita. Tidak salah kita menerima Idealisme lain yg baik dan tidak bercanggah dengan prinsip Islam kerana ilmu Islam itu luas dan menerima kebaikan yg ada namun harus kita pasakkan dalam fikiran kita, Idealogy Islam itu adalah terbaik dan yg lain-lain itu hanyalah membantu untuk kita beraktivisme dalam menyampaikan dakwah kita. Idealisme boleh bergerak menerusi isu-isu yg berbangkit, boleh bergerak dalam pelbagai bentuk namun biarlah isu-isu ini digerakan berasaskan akal yg merujuk kembali kepada makna Idealisme itu sendiri.

Sebagai kesimpulan, Idealisme (Ketinggian Pemikiran) merujuk kepada pegangan atau prinsip fundamental yang dihayati lagi diamali. Ia berasaskan kepada dua perkara pokok iaitu Al-Amru bil Makruf atau kecintaan terhadap prinsip kebenaran, keadilan dan keharmonian dan yang kedua ialah Wan Nahyu ‘anil Mungkar atau kebencian terhadap kepalsuan, kezaliman dan kekacauan. Aktivisme (kesungguhan usaha) pula merujuk kepada keupayaan merealisasikan idealisme melalui tindakan-tindakan yang praktikal. Ia merupakan suatu proses yang harus berlandaskan kepada kebijaksanaan mengolah idea-idea yang bernas dan kewibawaan menterjemah idealisme tersebut dalam aturan hidup secara kemas tanpa menimbulkan riak-riak negatif yang lebih memudaratkan. Melalui aktivisme inilah, akan lahirnya mahasiswa yang berintikan semangat pengorbanan dan perjuangan serta mempunyai nilai-nilai kesukarelaan yang tinggi.


Semoga kita semua sentiasa berada diatas landasan yg tepat dan benar...wasalam..MOUIMANTAI!!!

Monday, May 20, 2013

NILAI KITA PADA BANGSA




Pesanan yang jelas daripada Allah kepada UMMAT manusia kepada manusia yg ada pada hari ni. Islam telah mengangkat bangsa Arab yg ketika dahulu merupakan sebuah bangsa yg paling hina dan tenggelam dalam jahiliah namun Allah memuliakan bangsa tersebut dengan dilahirkan sorang insan yg agung 'Muhammad SAW'. Bukanlah aku mahu menyatakan bahawa kita harus berada dalam lingkungan bangsa namun apa yg mahu aku katakan bahawa sesuatu bgsa itu akan mulia apabila ia menjadikan Islam itu sebgai matlamatnya. Islam telah membuka sejuta pintu buat manusia untuk saling kenal mengenali sehinggakan tiada nilai sesebuah bangsa dan keturunan.

Suatu ketika, Sahabat Nabi SAW ' Salman Al-Farisi' telah ditnya oleh seseorang, "apakah keturunanmu wahai Salman"? maka Salman menjawap " ana ibni Islam!"- aku anak ISLAM!, kata-kata itu diungkapkan dan ia telah didengari oleh sahabat besar Nabi SAW iaitu Umar Al-Khattob, lalu Umar menangis dan berkata "Aku juga anak Islam!".

Lihatlah pada sahaja ku, sesungguhnya para sahabat nabi tidak langsung mempedulikan tentang keturunan mereka malah hanya menyatakan Islam sebagai keluarga mereka dan tidak sesekali menerima pegangan daripda nasab atau keturunan yg tidak bernilai itu..

Marilah sahabatku sekalian, kita ambil contoh kepada kisah ini, kita bersatu atas nama Islam dan bukan bangsa atau keturunan. Belajarlah dan dalami ilmu Islam dan jadikan ia sebagai panduan..MOUIMANTAI!!!

Sunday, April 14, 2013

Suka Duka Si Hati

Suatu yg sukar rasanya utk menulis kerana diriku tiada ilmu untuk dikongsikan, hanya mampu menulis berdasarkan kata hati dan juga perasaan yg sering dilanda dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Adakalanya hati kita ini suka dan adakalanya kita berduka. Sangat penat memandu hati untuk terus terasa kuat dan gagah dalam menempuhi kehidupan dunia yg fana.

Hari ini, aku berada di bumi Kelantan yg merupakan sebuah negeri yg sangat unik dan menarik bg seorang pencinta ilmu. Bagi aku, aku sangat berbangga menjadikan Kelantan sebahagian sejarah dalam hidupku. Disini, hatiku terbuka utk penghuninya. Memberi kasih yg belum pasti tiba namun aku teruskan jua dalam doa, dalam kehidupanku. Disini aku diajar dan diperkenalkan erti perjuangan, memberi cinta pada perjuangan, berasa semangat mengatur kata, memberi diri utk memastikan kehidupan alam manusia berbalik kepada sang pencipta.

Namun hatiku sering berduka, semangatku rasa tersentap dengan kerakusan manusia yg gilakan kuasa sehingga snggup utk menjatuhkan sebuah pimpinan yg dipimpin oleh sang ulama' tua. Kerakusan ini telah merasuk jiwa mereka, menghambur kata2 fitnah, mengata jiwa dengan harapan kepimpinan Islam ini hancur musnah. Semuanya dengan janji2 pembangunan indah yg bakal menghancurkn tamadun manusia sejagat apabila tidak dipadukan dengan kemantapan Islam yg kita percaya.


Beruntung juga rasa diriku yg lemah ini apabila dipertemukan dengan sahabat2 yg sangat baik membawa diriku mendekati Allah dan mengingatiku pada jalannya. Kadang2 bergaduh kerja sang prasangka hati namun bukan itu penyebab utk kami berpisah dan berpecah kerana matlamat kami bukan sahaja bersahabat diri sini sahaja namun menanti di akhirat sana. Setiap mereka mempunyai personalitinya tersendiri yg membuat hati terasa lucu dan terus berharap kekuatan motivasi daripada mereka. Kadang2 setiap perlian dan sindiri membuat hati terasa dan hati berduka sehinggakan ku berasa terasing bersama mereka. Hakikatnya aku lupa, ini rupanya kenangan indah aku bersama mereka, menasihatiku dalam duka dan pastinya aku harus gembira dikurniakan sahabat seperti mereka. Imam syafie berkata "aku telah berpusing seluruh dunia, namun tidak ku jumpa seorang yg bernama sahabat".. ini makam imam Syafie. Utk diriku, ini yg terbaik, Apabila melihat mereka membuatku ingatkan Allah.



Aku tulis bukan utk biar org membaca semata tp utk menyatakan rasa hati yg sentiasa perlu bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah dan juga harap sang pembaca juga dapat merasai nikmat kurniaan Allah. Rasa akan kewujudannya kerana setiap yg ada disekeliling kita, itu rezkinya utk kita, JADI, NIKMATILAH..MOUIMANTAI!!!

Sunday, March 3, 2013

Asas Kegemilangan Kita



Assalamualaikum......

Tarbiah itu tunjang! tarbiah yang bagaimana? Tarbiah Islamiah yang dimaksudkan. 2 komponen penting yang perlu kita ketahui dimana perjalanan tarbiah itu adalah berserta dakwah dan dakwah itu berserta tarbiah. 2 komponen ini saling berkaitan dan tidak dapat dipisahkan. Dakwah itu ditujukan kepada semua manusia tidak kita apa jenis bangsa, keturunan, jantina dan agama namun apabila  bergerak dalam tarbiah itu adalah memastikan agenda jemaah diteruskan dengan mengkaderkan atau mendidik orang-orang tertentu dan terpilih yang berpotensi dalam meneruskan perjuangan dalam jemaah.

Pada zaman Rasulullah, tarbiah dalam madrasah rasulullah adalah sangat hebat terutamanya dalam pengukuhan aqidah yang sahih. Rasulullah melakukan tarbiah dalam pelbagai bentuk termasuk usrah yang diadakan di rumah aqram bin Abi Aqram yang pada mula penerimaan Islam itu oleh golongan yang terpinggir, orang jalanan, pengemis dan sebagainya sehinggalah orang-orang ini mengubah dunia arab yang tiada makna menjadi sebuah bangsa yang gemilang mengalahi kerajaan Rom dan Parsi. 

Pada kisah yang lain, dapat kita lihat bagaimana tarbiah dalam madrasah Rasulullah membuatkan sahabat rasulullah yang agung seperti Bilal bin Rabbah mampu bertahan walaupun nyawa bakal menjadi taruhan dengan hanya berkeyakinan pada Allah yang satu. Tidak mampu kita bayangkan bertama hebat tarbiah Rasulullah pada para sahabat.

Namun pada hari ini, jejak langkah Rasulullah telah banyak kita tinggalkan. Dakwah baginda, seruan baginda sehinggalah sunnah-sunnah baginda yang mudah dan ringan. Ia menggambarkan bertapa jauhnya baginda dalam diri kita. Oleh itu sahabat-sahabat sekalian, marilah kita teruskan usaha baginda dalam usaha dakwah dan tarbiah ini yang pastinya bakal mencapai tahap siasah yang baik dan cemerlang dan mengembalikan kegemilangan politik dan pentadbiran Islam yang telah lama musnah angkara tangan-tangan pengkhianat agama Allah. semoga dengan apa yang kita usahakan akan menjadi saham kepada kita diakhirat kelak.

Ku tulis luahan hati yang ringkas ini sempena aku mengingati kejatuhan Khilafah Islamiah Uthmaniah yang berpusat di Turki angkara pembelot agama Kamal Artartuk Laknatullah.

Ia hanya sebuah tulisan yang lemah dan jika ada sebarang kesilapan, minta para sahabat dapat betulkan..

3/3/12 Ahad....MOUIMANTAI!!! 

Friday, March 1, 2013

Muhasabah Hari Lahirku

Hari ini merupakan hari kelahiranku (2/Mac) namun hati aku menghitung kerja amalku, ibadahku, gerak kerja perjuanganku. Dimanakah kedudukanku pada semua ini? adakah aku lakukan semua yg diperintahkan oleh Allah sedangkan aku selalu dalam golombang maksiat terhadap Allah.

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah taala"

Hari-hari kita bersumpah kepada Allah dalam solat agar sentiasa bersama Allah namun kadang-kadang terlalai dengan godaan dunia sentiasa berada disisi untuk mempengaruhi diri dan hati untuk terus mengikuti nafsu hati. Apa yang diharapkan agar diriku terus berazam untuk terus berjuang bersama agama Allah disamping menambah baik diri sendiri.

Hukum berjuang menegakkan kalimah Allah itu adalah wajib kepada setiap yg bernama muslim/mat.

Hadis nabi :-
"Sampaikan oleh mu walaupun 1 ayat"

Menunjukan bertapa perlunya dakwah dalam menegakan agama Allah ini. Ramai diantara manusia sekarang tidak memahami dan tidak mengambil tahu tentang kewajiban ini keran merasakan mereka selesa dan berada pada zon selamat. Sedangkan pada masa yang sama, pihak kafir sentiasa merancang merosakkan dan menghancurkan Islam. Lihat dan nilailah sendiri dimana kita dalam usaha memelihara agama kita ini, adakah sekadar di IC ataupun  dengan perbuatan, perkataan dan iktiqat hati kita.

Sangat wajar pada kita memuhasabah diri tentang perkara ini kerana Islam itu bermula pada diri kita dengan ibadah dan sebagainya sehingga mengajak orang lain bersama kita mengenali Allah pada jalan yang sbenar.

Sekadar ini sahaja tulisan dan nukilan buat muhasabah diri dan juga sahabat-sahabat pembaca, mungkin ia juga adalah luahan daripada hati yg kadang2 sentimental pada waktu kesunyian. Harap tulisan ini bermakna pada semua...WASALAM...mouimantai!!!