Assalamualaikum......
Tarbiah itu tunjang! tarbiah yang bagaimana? Tarbiah Islamiah yang dimaksudkan. 2 komponen penting yang perlu kita ketahui dimana perjalanan tarbiah itu adalah berserta dakwah dan dakwah itu berserta tarbiah. 2 komponen ini saling berkaitan dan tidak dapat dipisahkan. Dakwah itu ditujukan kepada semua manusia tidak kita apa jenis bangsa, keturunan, jantina dan agama namun apabila bergerak dalam tarbiah itu adalah memastikan agenda jemaah diteruskan dengan mengkaderkan atau mendidik orang-orang tertentu dan terpilih yang berpotensi dalam meneruskan perjuangan dalam jemaah.
Pada zaman Rasulullah, tarbiah dalam madrasah rasulullah adalah sangat hebat terutamanya dalam pengukuhan aqidah yang sahih. Rasulullah melakukan tarbiah dalam pelbagai bentuk termasuk usrah yang diadakan di rumah aqram bin Abi Aqram yang pada mula penerimaan Islam itu oleh golongan yang terpinggir, orang jalanan, pengemis dan sebagainya sehinggalah orang-orang ini mengubah dunia arab yang tiada makna menjadi sebuah bangsa yang gemilang mengalahi kerajaan Rom dan Parsi.
Pada kisah yang lain, dapat kita lihat bagaimana tarbiah dalam madrasah Rasulullah membuatkan sahabat rasulullah yang agung seperti Bilal bin Rabbah mampu bertahan walaupun nyawa bakal menjadi taruhan dengan hanya berkeyakinan pada Allah yang satu. Tidak mampu kita bayangkan bertama hebat tarbiah Rasulullah pada para sahabat.
Namun pada hari ini, jejak langkah Rasulullah telah banyak kita tinggalkan. Dakwah baginda, seruan baginda sehinggalah sunnah-sunnah baginda yang mudah dan ringan. Ia menggambarkan bertapa jauhnya baginda dalam diri kita. Oleh itu sahabat-sahabat sekalian, marilah kita teruskan usaha baginda dalam usaha dakwah dan tarbiah ini yang pastinya bakal mencapai tahap siasah yang baik dan cemerlang dan mengembalikan kegemilangan politik dan pentadbiran Islam yang telah lama musnah angkara tangan-tangan pengkhianat agama Allah. semoga dengan apa yang kita usahakan akan menjadi saham kepada kita diakhirat kelak.
Ku tulis luahan hati yang ringkas ini sempena aku mengingati kejatuhan Khilafah Islamiah Uthmaniah yang berpusat di Turki angkara pembelot agama Kamal Artartuk Laknatullah.
Ia hanya sebuah tulisan yang lemah dan jika ada sebarang kesilapan, minta para sahabat dapat betulkan..
3/3/12 Ahad....MOUIMANTAI!!!
No comments:
Post a Comment
Tinggal pesanan awok2 disini naaaa....